Wednesday, January 18, 2012

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT KEBANGSAAN (HPPNK)

Hari Peladang, Penternak dan Neayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) telah diadakan pada 13 hingga 16 Januari 2012 bertempat di Padang Bandaran Parit Buntar, Kerian, Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan jam 10 pagi hingga 10 malam anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).



TEKUN Nasional turut membuka pavilion di majlis HPPNK ini bagi perkhidmatan nasihat TEKUN Nasional, pengambilan borang TEKUN dan sebagainya. Majlis Penyerahan Cek turut diadakan bersama peminjam-peminjam TEKUN Nasional.



 Majlis ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.





Tuesday, January 10, 2012

PROGRAM MOA BERSAMA RAKYAT PARLIMEN SEPANG

Program MOA bersama Rakyat parlimen Sepang telah diadakan pada 6 hingga 8 Januari 2012 di Dataran Sadiman, Bukit Changgang, Sepang, Selangor Darul Ehsan jam 10 pagi hingga 10 malam anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).




Orang ramai dijemput hadir, penglibatan dari 12 buah Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu :-

1. Jabatan Pertanian (DOA)
2. Jabatan Perikanan (DOF)
3. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)
4. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
5. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
6. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
7. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
8. Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
9. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)
10. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
11. Agrobank
12. TEKUN Nasional

Pelbagai aktiviti menarik seperti pameran perkhidmatan & jualan produk usahawan tempatan, taklimat keusahawanan, business matching, sukan rakyat, persembahan artis jemputan, cabutan bertuah dan lain-lain

Saturday, December 31, 2011

PROGRAM SAYANGI SELANGOR 2011

Program Sayangi Selangor 2011 telah diadakan di I-City, Seksyen 7, Shah Alam Selangor pada 28 hingga 31 Disember 2011 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.







Semua lapisan masyarakat dijemput hadir dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik disediakan. Antaranya :
- Pameran dan Jualan Produk & Perkhidmatan Kerajaan Persekutuan
- Pertandingan Bola Sepak (Street Soccer)
- Pertandingan Futsal
- Pertandingan Bola Keranjang
- Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
- Pertandingan Battle of The Band
- Demo Masakan (Chef Jaafar Onn)
- Muslimah Fashion Show
- Forum Perdana Hal Ehwal Islam
- Pertunjukan Belon Udara Panas
- Permainan Soppa Doopa Kids
- Persembahan Artis Jemputan (Countdown 2012)

Tuesday, December 20, 2011

Pelancaran Kelab MyAgrosis Peringkat Kebangsaan

Pelancaran Kelab MyAgrosis Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 16 - 18 Disember 2011 di UiTM, Merbok, Kedah. Pelancaran Kelab MyAgrosis dan Perhimpunan Perdana Usahawan Belia Siswazah ini disifatkan mampu melahirkan kumpulan siswazah yang berminat kepada bidang pertanian menerusi paradigma baru.




Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, datuk Mohd Johari Baharom dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Hadir sama Pengerusi FAMA, Pengerusi dan Pengarah Urusan TEKUN Nasional dan Naib Canselor UiTM.



Thursday, December 1, 2011

Majlis Perjumpaan TEKUN Nasional Bersama Masyarakat India

Majlis Perjumpaan TEKUN Nasional Bersama Masyarakat India diadakan pada 30 November 2011 di Cameron Highlands, Pahang. Majlis ini adalah program TEKUN Nasional yang turun padang untuk melawat usahawan-usahawan kecil di Cameron Highlands bagi membantu mereka dalam peluang perniagaan & pinjaman TEKUN Nasional. Majlis ini juga bertujuan mengeratkan hubungan di antara pegawai Agensi Kerajaan, Pegawai Daerah, Pemimpin Tempatan dan juga penduduk setempat.




Majlis ini juga turut menyambut sambutan peraayaan Deepavali yang dihadiri oleh SK Devamany, Pengarah Urusan TEKUN Nasional dan beberapa pemimpin-pemimpin tempatan China & India.


 

Monday, November 14, 2011

Program Juara Rakyat Parlimen Cheras

Program Juara Rakyat Parlimen Cheras telah diadakan pada 12 November 2011 di Jalan Peel, Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini adalah program TEKUN Nasional yang turun padang untuk melawat usahawan-usahawan di sekitar Cheras bagi membantu mereka dalam peluang perniagaan & pinjaman TEKUN Nasional. Majlis ini juga bertujuan mengeratkan hubungan di antara pegawai Agensi Kerajaan, Pegawai Daerah, Pemimpin Tempatan dan juga penduduk setempat.






Tuesday, October 18, 2011

Halal Fiesta Malaysia 2011

Ekspo Kepenggunaan Halal, Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2011) telah diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur pada 12-16 Oktober 2011. Program ini telah dianjurkan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC) yang berkonsepkan Penjualan produk berstatus halal secara langsung kepada pengunjung. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed.



TEKUN Nasional turut membuka booth di ruangan pameran dan telah mendapat sambutan dan galakkan daripada orang awam.



 HALFEST – platform halal paling sempurna buat pengeluar dan pembekal perkhidmatan untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan antara penggiat industri dan pengguna-pengguna dalam negara.


HALFEST – memberi faedah kepada pasaran tempatan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan halal serta pemegang-pemegang saham secara agresif di mata umat Islam di Malaysia dan orang awam amnya.